Click to get cool Animations for your MySpace profile

Click to get cool Animations for your MySpace profile

Wednesday, February 29, 2012

Apa Itu Kawan????

Kawan..atau lebih dikenali sebagai friend @ pengyou @ sahabat @ member.... whats more importantly apa yang lebih penting.. apa itu kawan.. apakah maksud sebenar kawan.. + type2 of kawan..

Apa erti kawan...

Maksud kawan menurut dewan bahasa pustaka menerangkan kawan sinonim dengan perkataan sahabat, rakan, teman, kenalan, handai dan taulan. Maksudnya mereka yang kita kenali antara satu sama lain. Kalau dalam Bahasa Ingerisnya pula perkataan friend bermaksud one attached to another by affection or esteem (Merriam Webster), a person you know well and like a lot, but who is usually not a member of your family (Cambridge) dan a person with whom one has a bond of mutual affection, typically one exclusive of sexual or family relations (Oxford).

Jenis2 Kawan..

Kawan - maksudnya kawan biasa, mungkin pelawat yang singah dan add friend dalam google friend, tu jer ;

Kawan Baik – maksudnya kawan yang bukan sahaja add google friend, dia juga turut beri komen dalam blog post

Kawan Rapat – Maksudnya kawan yang bukan sahaja add google friend, malahan dia juga turut beri komen dalm posting dan juga sedia untuk menukarkan link exchange dengan kita; dan

Kawan rapat giler@ BFF – friend ni bukan sahaja add google friend, malahan dia juga suka beri komen dan sedia link exchange dan paling best tolong klik kan iklan tu sekali hehehe

@@@@

kawan2 yg x bape best...

Kawan Maya - berkawan hanya di alam maya but not in reality.. contoh berkawan di FB ttpi di luar nak senyum x mooo.. : ((

Kawan Makan Kawan - Kawan ketika senang sahaja.. bila susah.. hilang enth kemana.. ermmm..

Yupss.. seperti pyramid nie... kita boleh dapat ramai kawan... berpuluh, beratus, beribu, berjuta... ++(infiniti)

tetapi nak cari kawan seperti BFF (best friend forever) amat lah susah... aku rasa mungkin 1:1000 kootss.. depend lah yee ekk.. heheheee...sayang 8 budak putih,;)

Di Sebalik U-K-H-W-A-H

Pernah dengar perkataan ukhwah? Apa sebenarnya rahsia di sebalik perkataan ukhwah tersebut? Jom kita singkap di sebalik perkataan ukhwah itu sendiri!

U- untuk kita semua
K- kekal abadi
H- hidup bersama
W- WOW!! indahnya persahabatan ;-)
A- abang B-) akak :-D adik =)
H- hahah/huru-hara/harmoni

Tuesday, February 28, 2012

sahabat ^~^

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.

Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.

Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Lidah anda yang menentukan siapa anda.

Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencobanya pada hari esok.

Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat

kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah

Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)

Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka

tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.

Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebagiannya

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.

Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.

Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya.

Kebahagiaan takkan pernah bisa dibeli dengan wang

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya.

Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat maupun kepada keluarga

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tentram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

*opez tiade antare kite perasaan cmni k,.,jtuh same sakit,.berlari same laju,.wlupn tau akn ad yg tertinggal (ta na mntion nme) huhuhu :D

Thursday, February 23, 2012

Persahabatan kami :)

Tanggal 1 Jun adalah tarikh untuk pendaftaran pelajar baru bagi program Diploma Perikanan di Universiti Malaysia Terengganu. Di situlah detik pertemuan 8 orang sahabat yang otaknya gila-gila. Setelah berjaya mengharungi semester 1, kini 8 orang sahabat tersebut berada si semester 2. Inilah wajah 8 orang sahabat itu :


jai

assalamualaikum dan salam 1 malaysia,,,,,

nme di beri MUHAMMAD HUZAINI B ABD WAHAB,,,,,sedap nme tu kan ble di dengar,,,,wawawawa......aku di lahirkan Hospital Kota Tinggi,,,,korang tau tak di mne tmpt tu,,,mesti tak tau kan,,,,kt Johor tempat tumpah darahku,,,,,aku ank sulong dri 6 adik bradik,,,,,,aku blaja di Universiti Malaysia Terengganu(UMT),,,,,,,setelah 3 bulan blaja di sini,,aku mendapat seorang abg yg baik kt aq......kte owg slalu berkongsi laptop yg berjenama HP......hahahaha,,,,,dye pggl aku adik,,,tp spe nk pggl dye abg,,,,weeerrrrrrkkkkk,,,,geeeeerrrraaam aku,,,huhuhu,,,,nme dye,,"_ _ _"cbe la teka klau korang bijak,,,,hohohoho.....dye slalu ckp "AMBOI"....hahahaha...k la,,,sampai situ dlu,,,mse x mengizinkan,,,aku pergi dlu,,,,,salam,,,bye:-p

****************************************************
koi

Assalamualaikum,,,

Membe2 pgil aq KOI,ganas an??haha,,,family lak pgil aq AKOI,,tpi name sbnar aq Abdul Syukur Bin Abd Hamid,enak an name pemberian ayahanda n ibunda aq:).,family aq bg aq name syukur kat aq kerane mase ibu aq pregnant an aq,ayah aq mmg nak sgat anak laky,so bile kuo je mmg laky yg kuo,so ayah aq bsyukur sgat2 pada Tuhan(ALLAH),ayah aq pun bg name Syukur kat aq,,aq mrupakan anak bongsu dari 4 adek beradik,,aq dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru.aq stay kat Bandar Baru Permas jaya.so sape yg dkat gan umah aq calling2 la,.n lagi 1 nak gtaw,..i'm proud to be johorean,..,hehe:D..

****************************************************

wan

satu nama yang dop asing agy di ganu nun,.haha
name diberi Mohd Safwan B Arbangi,.diulangi skli lagi,.Mohd Safwan b Arbangi,.selaku ketua portfolio,.,.,.,.,.,.,.,huuuuuuu :D
asal Kote Tinggi,Johor,.brusie 19th,.suke politik,.,dan,.,saya bukn someone yg suke sdey2,.,wlupn jiwe lembut,.(certain kate jiwang)..tp,.,mmg betul pn,.,ahakzz,.saya alwayz appy,.wlupn ad mslh,.,sy ta kn tnjukkn sy ney bermasalah..,malah,.,saya akn buat muke tak bersalah,.
mcm ney,., :P
hahaha,.,

****************************************************
ebah

Abah saya bernama Rosli Ibrahim, Emak saya bernama Fatimah Sulaiman, mereka berkahwin dan melahirkan 5 orang cahaya mata. Saya adalah anak yang ketiga dan diberi nama Naqibah Rosli. Saya sangat bangga dengan nama saya kerana nama saya unik, ringkas dan jarang didengar. So, tak adalah nak tertukar nama dengan orang lain, hehe. Emak saya melahirkan saya pada tanggal 13 Disember 1993 di Klinik Al-Arqam, Gombak, Selangor. Saya adalah anak jati Selangor & I <3 Selangor+Kuala Lumpur, hoho. Itu sajalah tentang diri saya :)

****************************************************
GD
Ade orang kata aku mcm cina kadang-kadang org kata aku mcm korea.hmm.haha. Tapi nama aku MUHAMMAD WAJDI UNTONG BIN UNTONG . Bila aku sebut nama aku mesti dorang akan kata HAAA???(nak suruh aku ulang balik sebab dorang rasa pelik). Kawan-kawan panggil aku GD je, tapi boleh je panggil UNTONG sebab dah memang sebahagian dari nama aku(bapak aku seorang yang bijak)hahaha. Memang tak dinafikan nama aku mmg pelik

but i proud with it.:)

Untong bin Nasip nama bapak aku dan Hamidah binti Manaf nama mak aku. Aku anak keempat dari pasangan dunia akhirat ni.amin.

Pada 30 ogos 1993 bersamaan 12 rabiulawal maka keluarlah aku dari perut mak aku untuk melihat dunia ini di klinik Batu Pahat, Johor. Kalau nak cerita pasal keturunan aku memang panjang so kene tanya nenek atau bapak aku.huhuh.

Jadi setakat ni je dulu kot.nanti aku post lagi.haha.rock.salam.byeee.

****************************************************

aten

Nama diberi Fatin Nadzirah Binti Zakaria...WOW!!!!...h0t name,thanx t0 my m0m(MAHANI MOHD ZAIN) n dad(ZAKARIA BIN MOHD NOR) sedap nama tuhhh,tapi member panggil eton la, aten la, pape pun x pe lahhh...sekurang-kurangnya aku diingati...huhu...pelajar Diploma Perikanan tahun 1, dan benombor UK 24591...15 mei merupakan tarikh keramat dimana aku dilahirkan..anak jati PAHANG rupanya, dilahirkan di HOSPITAL BESAR KUANTAN PAHANG...kalau lihat salasilah keluarga aku memang timur asli lah...sebab, ayah orang Terengganu, mak pulak orang Kelantan..huhu, tapi kami semua duk Selangor...merupakan anak bongsu daripada 5 adik-beradik...tapi aku tidak manja ok!!!!...bernombor bilik IJ212, dimana mempunyai 2 orang r00mate jaaa.....kat UMT nihh pulak saya berkawan ngn 7 orang budak yang giler-giler otaknya...huhu, hilang tension kawan ngn diorang, mmg terbaikkk!!!!!...hopefully persahabatan kami kekal selamanya.........sekian n harap maklum.....

****************************************************
jee

name diberi MUHAMMAD FAKRUL GHAZI BIN ABD RAHMAN....yang bermaksud

pejuang yang "smart".......hehehe.....bkn nk bangge tp tq kt ayah dan ummi aq..

aq dikeluarkn dr perut ummi aq di HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH(H.T.A.R)...

bermula lah p'jlnan hdp aq di c2.......aq d'bsarkn dgn k'hdpn yang sederhana tp aq ske...hehehe

hdp ini penuh kegembiraan bersame kwn2 yang gle & nakal &berbagai karenah.....

tp e2 la hdp yg harus d'tempuh.....aq adalah anak "JAWA" yg xtaw ckp "JAWA"

& x b'harap utk phm bhse "JAWA"......hahaha.......hbz tamadun owg2 JAWA klo smue

perangai mcm aq....hahaha....aq ad 6 owg adk b'radik.....tp aq ank ke 6...."UNTONG2"

......esk bsa blh jge ayah & ummi......

****************************************************

yoe
aQ y0E atau parent aQ panggil DOLLAH wah!! dahsyat name tu...padahal nme aQ MOHD FAZIRULLAH BIN ABDUL MAJID xp kan lg sweet panggil aQ Fazirul @ Fazirullah :-)

aQ x taw la dikategorikan sebagai lelaki ape...(hhmm nak kate CASANOVA tdk....PLAYBOY pun bkn....hahaha)whatever la..ape yg pnting aQ nie seorang yg ramah,ske bergaul n benci gadoh2 ni.. sbb itu aQ rmai kwn x kre gEgUrl@Bob0I mungkin tu award dri Allah ade sifat ramah dlm dri....

Pejam celik pejam celik woah msuk U la....(anok pe yer bijok ni???ceyh bajed2 jer aQ ni kih3) dah masuk U cbrn gile2 gua cakap sma luu especially kwn2...slp2 jmpe kwan yg slh...x psl2 kejutan budaya...weyhh bahaye tu...Alhamdulillah dgn sifat ramah aQ,aQ gune tuk cri rmai kwn ho3 oyyehh2!!

aQ bkn mnusia hebat yg x pernah sombong...ade jer penah skitkn hti org laen...so mx maaf banyok lah lau ade org krg sng ngn aQ...xp IMPORTANTLY!! i <3 peace!! SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

-------------------------------------------------------

Sememangnya menjadi seorang pelajar memerlukan kecekalan, kesabaran, ketekunan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Memandangkan semester II hampir menutup tirainya, final exam pun semakin hampirlah. Pada setiap kali menghampiri peperiksaan, setiap pelajar umunya akan berasa sedikit tertekan dengan membilang hari demi hari . Perasaan gementar, cuak dan sebagainya bakal bermain di lubuk hati setiap pelajar begitu juga dengan kami berlapan ini. Oleh itu, sebelum otak kami makin bercelaru memikirkan peperiksaan yang bakal menghampiri ini, kami yang otak rasa nak pecah ini bersama-sama berpakat meluangkan masa bersama bagi melepaskan segala tekanan yang ada.

Kami telah menghabiskan masa bersama-sama berbasikal meronda UMT yang kami cintai dan kagumi ini sambil menghirup udara yang segar dan nyaman. Kami meronda-ronda sehingga lah sampai ke pantai. Siapa sangka tujuan sebenar untuk ke sana adalah untuk meronda-ronda sahaja, kini dimeriahkan lagi dengan suara ombak yang memanggil kami untuk bermain air. Wow!!.. Tidak dapat digambarkan perasaan kami ketika itu di mana semua kekusutan sudah hilang. Kenangan indah itu pasti tidak dapat kami lupakan dan akan terpahat di dalam setiap ingatan kami sampai bila-bila...INSYAALAH...setiap pertemuan ada perpisahannya, jadi sebelum berpisah kami akan kumpul kenangan banyak-banyak hingga menjadi memori terindah buat kami berlapan....Semoga ikatan persahabatan ini tidak akan berakhir hingga ke akhir hayat kami ibarat air yang dicencang tidak akan putus, Insya-Allah. Bak kata pepatah yang kami buat sendiri "kawan sampai mati"....Silakanlah menonton video yang menunjukkan keseronokan kami bersama meronda-ronda, dimana semua kekusutan pun hilang ......... enjoy it! :D

Wednesday, February 22, 2012

Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy)Bagi Pesakit Luka Kronik

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan hukum menggunakan rawatan terapi larva bagi pesakit luka kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat:

فَقَالُوْا: "يَا رَسُوْلَ اللهِ! هَلْ عَلَيْنَا جُنَاحٌ أَنْ لاَ نَتَدَاوَى؟" قَالَ: "تَدَاوَوْا، عِبَادَ اللهِ! فَإِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً. إِلاَّ الْهَرَمَ".

Maksudnya: Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah berdosa jika kami tidak merawat (penyakit kami)?” Rasulullah bersabda, “Dapatkanlah rawatan wahai hamba-hamba Allah! Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan bersama-samanya penawar, melainkan penyakit tua”. (Riwayat Ibn Majah)

Penegasan ini juga adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menyebutkan bahawa : “Kemudaratan perlu dihilangkan” (الضرر يزال) Muzakarah berpandangan bahawa asal sesuatu haiwan itu adalah suci melainkan babi dan anjing yang jelas hukumnya najis. Pandangan ini adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menetapkan bahawa:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةِ حَتَّى يَدُلَّ الدَّلِيْلُ عَلَى التَّحْرِيْمِ
Maksudnya: “Hukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan perempuan) adalah harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang menyatakannya sebagai haram.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum bagi bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah adalah suci. Ini bermakna, sekiranya larva yang digunakan semasa proses rawatan tersebut mati, maka hukumnya adalah suci kerana komponen tubuh larva itu sendiri tidak mengandungi darah. Justeru, ia tidak menjejaskan kesucian ibadah seseorang pesakit yang menjalani rawatan terapi larva tersebut. Sehubungan itu, selaras dengan ketetapan-ketetapan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan Rawatan Terapi Larva Maggot Debridement Therapy bagi pesakit luka kronik adalah harus dan ibadah yang dilakukan oleh pesakit terutamanya solat ketika menjalani rawatan terapi ini adalah sah. Muzakarah juga memutuskan bahawa pesakit luka kronik yang menjalani rawatan ini dibolehkan bertayammum untuk mengangkat hadas besar atau hadas kecil bagi mengelakkan mudarat apabila terkena air pada anggota yang sakit. Sebagai panduan melaksanakan ibadah, pesakit boleh merujuk kepada Panduan Tayammum, Wuduk dan Solat Bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.

Dalam hal ini, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak.

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut: Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya adalah haram diminum.

Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum .Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.